Tuesday, June 26, 2012

Wahai Adam.

Assalamualaikum.


Wahai sang Adam,
Jika engkau sayangkan seorang hawa, kau selalu la mengingatkan dia tentang suruhan agama. Agar si dia menjadi seorang yang solehah kelak.


Wahai sang Adam,
Andai nya kau sayang seorang hawa, jaga la segala perilaku mu, jangan lah kau menyentuhnya selagi belum HALAL, cukup la sekadar kau sudah bersentuh hati dan di iringi doa.


Wahai sang Adam,
Sekiranya kau sayang terhadap seseorang hawa, jaga la hati dia dengan baik, kerana hati seorang wanita selembut sutera. Mudah tersentuh.


Wahai sang Adam,
Aku tidak minta banyak, aku hanya inginkan sebuah cinta yang diredhai Ilahi.


Maafkan aku kerana kurang melayan kamu, ini kerana aku takut, sungguh aku takut untuk terlalu bercinta dengan mu yang belum tentu jodoh ku, yang belum tentu tertulis di Loh Mahfuz.

Maafkan aku, aku ingin berubah.

Ya Allah, beri lah aku keteguhan iman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sincerely, FATIN.


7 comments: