Wednesday, November 4, 2015

Pangkor Island with awesome housemate (Pakej terlebih jimat)

Assalamualaikum & selamat pagi uolss!

Dah breakfast ke belum semua? Buat apa arinie? Sihat ke tidok? Harap sihat lah hendak nya yer. Hehe. Rasanya macam dah lama nak update blog ni since baik bercuti bulan 9 hari tu. Tapi macam takde masa lah iolss nak update. Ceh konon. Masa tu banyakkk. Tapi mana nak buat assignment lagi. Mana nak bisness lagi. Kekeke, bajet busy gila minah sorang nie. Hahaha. Okay la straight to the point. Ni nak citer lah perjalanan sepanjang pegi pulau pangkor & perbelanjaan nya sekali. Sebab memang bajet untuk student lepas sangat lah kalau nak pegi. Memula kteorg nak amik gak pakej under orang yang RM 180 sekepala. Then makan minum kau tanggung lah sendiri. Tapi aktiviti ngan penginapan dah prepare semua untuk kau. Bila buat kira-kira balik macam haish rugi je pegi under pakej orang. Then decide lah nak pegi ngan bajet sendiri. Ngan plan aktiviti sendiri semua. Okay maka nyaaa bermula lah.

Maka bermula lah, jeng jeng. Kteorang pegi pada 24-26 september 2015 bulan lepas. Ala masa semua tengah bercuti balik raya haji tu. Terpaksa pilih tarikh tu sebab dah plan lama, then masa tarikh tu tarikh sesuai. Sebab esaimen pun takde sangat. Eh senang cter takde esaimen lagi lah, ngan kelas asyik cancel. So ape lagi. Dah sesuai sangat, maka nya terus jalan lah. Keh keh. Tapi sebelum pegi tu uolss jangan lupa ye tempah penginapan uolss dulu. Nanti karang sampai sana krik-krik baru nak carik tempat penginapan memang tido tepi laut cter dia. Sebab takot dah penuh.

Kteorang beli tiket dari Tanjung Malim ke Ipoh sebab takde bas Tanjung Malim ke Lumut terus. Gerak dari TM kul 8.30 pagi. Then selamat sampai ipoh kul 10.00 pagi macam tu. Sampai je Ipoh, bergegas terus beli tiket ke Lumut pulak, wah bergegas. Takleh blah ayat aku. Okay pastu dapatlah beli tiket ke Lumut kul 11.50 pagi.  Tapi bas gerak kul 12.00 tengahari. Dalam kul 2.30 petang macam tu kteorang sampai basten Lumut. Basten Lumut tu seriously dekat sangatlah dengan Jeti Pangkor. Jalan kaki sikit ke kanan boleh nampak dah Jeti Pangkor.  Sampai jeti je akan nampak kaunter tiket feri. Tiket feri ke Pulau Pangkor tersangatlah murah. RM 10 sekepala untuk pegi balik. So, simpan tiket tu bebaik lah. Nanti nak balik semula kena tunjuk tiket tu.  Nanti lepas dah beli tiket tu, akan ada sorang akak ni dia pegi kat korang. Dia ada open table kat depan kaunter tiket feri tu. Dia nak promote pakej dia lah senang citer. Dia promot kat kteorang RM 120 untuk round pulau (ada 3 pulau dia round) + snorkeling tak kira masa (suka hati kau lah nak berapa lama). So kteorang bincang kejap depan akak tu, then semua setuju nak join. Lagi pun tu tak termasuk dalam plan. Bila dah macam ni ok lah. Dah nampak dah aktiviti apa nak buat. So 120 bahagi 3 sorang RM 30 jelah kuar duit. Okay je, round 3 pulau kot. Then snorkeling ikut suka hati nak berapa lama. So dah bayar tu, akak tu ada bagi sampul surat dalam tu ada duit ngan no telefon abang yang korang nak contact untuk korang round pulau ngan snorkeling. Then sampul surat tu bagi kat abang bot nanti. Keh keh. Okay dah habis sesi bayar membayar tu, naik lah feri. Dalam feri bosan, sebab lambat gak nak sampai pulau pangkor nya. Dalam 40 minit macam tu. Peh, agak lah. Tapi sabooo, nak jalan punya pasal. Hehe. Dalam 3.40 camtu sampai jeti pangkor.


    





Sampai je jeti pangkor, haaaa van pink ni lah korang akan naik pegi chalet korang nak pegi. Kabo je kat abang driver tu, nanti dia bawakkan ke tempat penginapan korang. Okay harga van pink ni pegi ke chalet RM 15. Haaa kan dah kata pegi berkumpulan bole murah. So kteorang 15/4 orang. Sorang rm 3.75 sahaja. Hehe. Dalam kul 4.00 ptg mcm tu baru kteorang sampai Nipahmas chalet. Sampai je terus jumpa owner, then dapat kunci, bayar then terus masuk chalet makan solat apa semua, pastu cecepat salin baju sebab tak sabo nak mandi laut. Haa kteorang dah booking 3 minggu awal Nipahmas chalet ngan Puan Ima. Ni nak bgtau owner dia baik hati sangat. Senyum je orang nya. Layanan pun baik. Yang paling best booking tak kena bayar deposit pun, biasa nya ada tempat kan bayar deposit. Hihi. Nah num dia 017-5602849. Nak booking trough whatsapp pun bole. Nipahmas chalet ni aku jumpa chalet paling murah kat pangkor tu. RM 95 satu malam. Tapi taktau lah kalau korang jumpa paling murah lagi. Kalau korang pegi satu group boleh lah bahagi-bahagi macam kteorang buat. Kteorang pegi 3 hari 2 malam. So total RM 190/4 org. Sorang RM 47.50 jela. Bilik not bad, ada 2 katil. Satu katil queen, satu lagi katil bujang 2 tingkat. Nak pegi berlima pun ok sangatlah, muat bebenor bilik tu. 


Ok, ni depan chalet tu. Ni senanya masa dah sampai lepas tu makan, then cecepat salin baju sebab nak mandi. Hehe tak menyempat katako nak mandi laut. Apa yang aku suka chalet ni sebab, jalan sikit je, nampak dah laut kat depan. Hehe.

1st day kteorang tak buat apa sangat. Yela, kata mukadimah kan? Just mandi laut jelah. 






















Haa 1st day ni just posing-posing je kat laut. Ngan ikan sekali nak masuk posing. Tengah syok mandi ade ikan kecik, tak sure ikan apa. Maiyah jumpa dulu. Maiyah kesayangan ikan rupanya. Hihi.











2nd day plan nak snorkeling ngan round pulau. Okay contact terus num abang jamal yang akak tu bagi. Dalam kul 9 gerak naik bot pegi pulau giam. Nasib dapat abang bot yang sporting. Sebab dia tolak RM 20. Hehe. Hok aloh dekat sajo katako pulau giam tu. Hahaha.

















    Time ni dah start gerimis, seram woooo air naikkk.

       











Kteorg snorkeling sampai tetiba hujannnn, ok time tu aku stop dah, air naik mendadak. Aku dah la cenonet je. Aku stop snorkeling sebab aku tak tahan dah berapa kali air masuk hidung ngan mulut. Even aku pakai jacket safety tu. Tinggal maiya ngan linda snorkeling sampai ke tengah. Lupa nak bgtau, snorkeling kat pulau pangkor ni batu agak tajam, jangan lupa pakai stokin, kaki kteorang sampai luka-luka. Nak mandi punya lah pedih. Maiyah paling teruk luka dia. Sampai darah ko, takot mak nengok. Then tak lama tu stop dah snorkeling, aku call abang tu suh amik kteorang.
Next abg tu bawak kteorg round pulau pulak macam yang dijanjikan.






















Lepas round snorkling ngan round pulau, kteorang ada naik big marble. Tapi takde gambar, sebab sibuk ready pegang kuat-kuat, sebab banyak kali terpelanting. Buat nya jatuh laut mau nangis aku.

So, naik big marble sempat buat video je, tu pun siti record.
ok malam nya kteorang kuar bilik, carik makan. Kelaparan katanya.






3rd day

Nak balik dah, ni gambar before balik  breakfast dulu. Kteorg check out awal sebab taknak sampai Tanjung Malim jauh malam.







Total keseluruhan Perjalanan


Explaination
Total individu
Total 4 orang
Prebet dari Taman Bahtera UPSI ke Stesen Bas Tanjung malim
RM 1.25
RM 5.00
Tiket bas Tanjung Malim ke Ipoh
RM 12.60
RM 50.40
Tiket bas Ipoh ke Lumut
RM 10.00
RM 40.00
Feri
RM 10.00
RM 40.00
Pakej snorkeling + round 3 pulau
RM 30.00
RM 120.00
Big Marble
RM 15.00
RM 60.00
Teksi (Van pink) *Pegi chalet*
RM 3.75
RM 15.00
Nipahmas chalet
RM 47.50
RM 95 X 2 : RM 190 (2 malam)
Teksi (Van pink) *Balik dari chalet nak ke jeti semula*
RM 3.75
RM 15.00
Lumut ke ipoh
RM 10.00
RM 40.00
Ipoh ke Tanjung Malim
RM 12.60
RM 50.40
Prebet dari  Stesen Bas ke Taman Bahtera 
RM 1.25
RM 5.00
TOTAL KESELURUHAN
RM 157.70
RM 425.80


Total makan


Waktu makan
Total individu
Malam : Kerang rebus + bakar + sirap + char kueh teaw
RM 5.80
Siang : Makan Tengahari
RM 5.00
Siang nak balik : Breakfast (Roti canai + teh panas)
RM 3.00
Pagi kteorang makan Maggie cup (Jimat katako) Water heater ade kat luar chalet, jangan risoo. Bawak dari uma. Hahaha
-
Selain tu, kteorang ade jugak beli keropok lekor, goreng pisang bagai. Tu alahai takya masuk list pun senanya. Beli je goreng-goreng yang jual tepi jalan. Keh keh.
-

Amacam? Bajet ke tidok? Bajet habis kan? Kalau korang nak tambah lagi pakej ade gak. Bayar kat abg van pink tu RM 80. Dia bawak jenjalan kat situ. Banyak tempat bersejarah, hehe. Kteorang tak join yang tu. Sebab jimat, kui kui. 




Friday, August 21, 2015

CAMERON HIGHLANDS (UPSI TRIPS UNDER UKLK CLUB)

Tarikh : 21.08.2015
Masa : 4.07 ptg
Lokasi : Bilik tidur Fatin Aqilah yang aman dan indah serta bersih lagi wangi (CUTI SEMESTER)




Assalamualaikum semua. Selamat petang! Hehe. Dah rasa macam berhabuk sgt blog ni. Taktau berapa abad dah aku tinggalkan. Tp takpe la kan, takde sarang labah-labah lagi rasanya nie. Okay, senanya nak citer pasal pegi Cameron Highlands yang dah lama hajat nak updated. Tapi apekan daya, busy benau. Busy ngan apa pun taktau. Senanya busy + malas. Ish ish, anak sapo lah pemalas ngat nie. So di petang yang aman lagi tenang ngan angin sepoi-sepoi berbahasa ni, aku nak updated lah pasal Cameron yang dah tertangguh nie. 1st, aku nak citer lah roommates aku yang bgtau pasal trip pegi Cameron ni. Roomates aku nama siti, single lagi. sapa nak kenai? Meh kenai ngan aku dulu, aku nak tapis bole ke idok ngan dia. Ewah, jemah sgtkan? Aku ngah buat esaimen masa tu, tetiba dia ajak. Aku ape lg, jemah la nak tau tarikh nya bila, hari apa, berapa bayaran dan pegi naik apa, under apa semua lah aku tanya. Sebab nak tau details la gak sebelum pegi kan? So, lepas dah tau semua tu, aku gigih la google. Mr google jelah yang sgt baik hati kan bgtau semua maklumat. So, dah usha harga apa semua, tempat pun nampak best. Nampak segonok je kan? Aku pun setuju lah nak join. Roommates aku pun jemah jugak, dia ajak satu umah join pegi sekali. Sebab pegi trips camni ramai baru seronokkan? Yelah nak segonok sesame. Hehe. Paling best trip waktu ari sabtu la tak silap masa tu. So tak ganggu pun waktu kuliah ke apa. Jadiknya, pegi lah satu uma dan aku ada ajak 1 kawan sekelas aku yang rapat ngan aku time tu. Aku ajak qila ngan syifaaq, tp syifaaq je dapat join. Sebab qila ade hal. Roommates aku yang kemain ajak pegi tu pun takpat pegi, sebab dia ada hal. Sobs. So, esoknya gerak lah naik bas yang untuk pelancong. Tapi still under upsi la. Just kteorg kena bayar RM 55 untuk masuk semua, makanan tu pepandai lah guna duit sendiri. Ala, engko pepandai la jimat dah masuk dalam tu, takya jemah sgt nak beli makanan bebanyak. Beli sekadar dapat kenyang sikit ok lah. Hehe. So tempat 1st yang kteorg tuju masa tu ialah Cameron Valley tempat yang banyak pokok teh. Baru turun bas aku dah rasa sejuknya Cameron ni. Dah la aku tak tahan sejuk. Menyesal berlagak taknak bawak sweater. Hamek, tahan la sendiri gigil-gigil sejuk tu, lelagi time angin kuat. Rasa macam nak menyorok kat timbunan pokok teh tu. Kah kah. over kan cter aku? Hehe. Smpi je kat pokok-pokok tu macam biasa la, bende pertama yang korang akan buat jugakkan klu teruja? Aku pun amik gambar. Tu WAJIB! Keh keh. Nie aku selfie sendiri pakai batang monopod pink kesayangan aku yang dah berjasa nak dekat  setahun lebih tak silap. 



Tudung aku takya citer, masa ni dah eot-eot dah nampakkan? Yela duk dalam bas bole tahan lama dari upsi tu, pastu jalan bengkang-bengkok. Tudung macam tu la pegi dia. Tp masa smpi aku tak heran sgt tudung, yang aku tahu aku tak menyabo nak turun nak tgok sekeliling. Nampakkan begitu jakun nya aku. Yelah, ni 1st time pegi. Sobsss, kesian sgt aku. Hahaha.

Lupa nak citer, yang aku lupa nak mintak gambar ramai-ramai masa aku turun tu. Sebab pakai hp kawan aku. Takpela, nanti aku belanja gambar
yang lain gak, hehe. Okay, sesi bergambar pun bermula.


Aku still takpaham, kenapa aku suka terpejam mata time bergambar -.-




Ni kengkonon aku nak buat macam tudung berterbangan tu, tapi tak jadik kau tau -.-


Tapi lepas gigih buat berapa kali tu, jadik gak la akhirnya Nampak tudung terbang. Kat sini syifaaq memainkan peranan gak. Sbb dia tukang amik gmbr kan.
Ni baru sikit je gambar aku, Kang letak bebanyak ada yang muntah tengok, haha. So aku nak lanje gambar syifaaq lak, tadi dia dah gigih amikkan gambar aku kan? Ni aku lak amik gambar dia, baru fair and square, tak gitu?

Dia memang posing baik punya, kemain meriah Nampak? Memang terserlah sangat happy nya tu.


Syifaaq mempersembahkan Cameron highland! Keh keh.



Dah penat bergambar tu, duduk lah kejap kan. Tengok sekeliling. Tenang sangat. Rasa nak lama kat situ.



Tapi kenapa aku rasa macam background tampal plak kan -.-






Haaa, yang ni semua housemates aku. Masa bebanyak amik gmbr td, diorang pegi tempat lain, tp still lagi kat Cameron valley. Kteorg pisah sebab memasing nak merayap sendiri. Hehe. Dah siap jenjalan kat pokok teh tu, semua berkumpul kat atas ni. Sempat lah amik gmbr.
Lepas dah syok kat sini, dah habis amik gambar, jenjalan kat Cameron valley, kteorg naik bas untuk ke tempat seterusnya iaitu Taman Agroteknologi. Masa ni dah masuk zohor dah. So, semua solat kat surau sana. Mak ai, air dia punya sejuk, gigil nak amik wuduk katakooo.
Okay, siap solat apa semua, aku pusing-pusing kat sana, seriously, banyak sgt bunga, aku suka tengok sebab cantik. Even aku bukan feminin sgt, tapi aku ni pempuan, Nampak benda macam ni aku rasa teruja habis. Pastu apa lagi, bergambar lah. Kan dah kata tu WAJIB. Hehe


Eeeee aku suka sangat tengok bunga-bunga banyak macam ni. Geram jeee. Kalau bole nak bawak balik lah. Eh




Hehe, haaa yang ni aku yang mintak tlg syifaaq amikkan dari side sini. Sekali tengok gambar nya, punya lah aku sukaaa.


Nampak macam adik-beradik tak? Keh keh, aku nak jadik adik gak even aku lah yang tua senanya. Sobs.




Nampak barang kat belakang tu? Haaa, tu cenderahati nak bawak balik muo, bagi mak pak adik merasa, hehe. Sebab next week nya memang nak balik muo.  Syifaaq pun beli gak untuk balik JB. Haaa jauh lagi tuh. 





Dah penat bergambar, kita duduk lah pulak, sobs, penat rupanya bergambar ni. Maafkan linda, mungkin dia nak bersin, kih kih.






Muka ada senyum even ponat ngat.

Okay lepas duduk tu. Hilang penat, terus naik bas, ke destinasi seterusnya pulak iaitu Strawberry Farm. Masa kat strawberry farm paling aku letih sekali. Sebab kne naik bukit kan? Aku memang dah penat masa tu. Termengah-mengah sampai atas. So aku ngan syifaaq banyak duduk dari jalan. Gambar kat sini pun tak banyak amik. Memasing dah tak larat.


Muka terpaksa senyum ni, dalam hati Ya Allah penat ngat dah ni.



Tak banyak gmbr kat sini, sebab macam aku cakap, aku duduk pastu gigih minum air. Haus bebenor mendaki. 

Last destinasi Lavendar garden. Kat sini aku macam semangat sikit sebab tempatnya macam ala-ala korea sikit. Dah la peminat korea. Hiks.


Muka suka nampak bunga cantik-cantik.





 Masa kat sini kteorg ada buat video nak tunjuk tempat ni banyak sgt bunga, tapi terdelete video nya. Nak pegi balik boleh tak? Sobs. Okay lah, ni tempat last kteorg pegi. Turun dari sini ada jual keledek rebus. Peh memang sodap kau. Nyum-nyum makan dalam bas. Hehe. Sampai bas aku dah kenyang makan, pastu aku pot pet borak ngan syifaaq kat sebelah usha gmbr ngan video kteorg amik td. Memang happy, sebab lama tak jalan kan. Tak lama aku borak + makan tu, aku ketiduran. HAHAHAHA. Terukkan? Yelah. Penat kot. Pastu petang nya sampai magrib kteorg singgah pasar malam kat sana. Eh sebelum tu, solat asar dulu kat surau area pasar malam tu rmi-rmi. Pastu baru boleh jalan. Pasar malam dia bukan macam pasar malam kita, ada jual banyak makanan goreng, tapi banyak jual barang basah macam sayur, cili bagai kan? Yelah Cameron kan sgt sesuai untuk bercucuk tanam. Aku pusing berkali gak lah nak carik nasi ayam ke apa kan. Kali kedua tak silap baru aku jumpa 1 stall yang jual makanan bergoreng, aku punya bersyukur tu takya cakap lah. Dah la perut kruk-kruk sgt. Cecepat beli, beli ayam goreng pilih yang besau lak tu, memang lapar betul. Hahahaha. Dah settle pusing beli nasi apa semua, kteorg carik port nak makan. Pastu tak jumpa pun port sesuai nak makan. Lama gak jalan tau, sampai ke magrib round pasar malam dia yang besar tu, then solat magrib kat surau area situ tunggu sampai la bas tiba, last-last makan dalam bas. Sobs. Takpela, nasib semua jenis sempoi bau makanan dalam bas pun ok. Nak tau sebab apa? Sebab semua busy makan dalam bas masa tuh, rupanya rmi gak tak makan lagi. Haha. Okay, pasar malam ni la last destinasi kteorg. Then balik ke upsi terus. Ouh lupa nak cakap, aku ada beli bantal kepala tupai 1, bantal peluk buat tido, besaq kau. Boleh buat peluk memalam. Hahaha, yang best RM 10 je. Dah la besar, haha. K tu je nak bgtau.

Sampai Kolej kat upsi masa tu area kul 12 malam gak lah. Fuh kaki lenguh habis. Yelah guna sepenuhnya nak jenjalan kan. Ape pun aku rasa berbaloi jugak trip ni even sekejap. Tp ok lah satu hari suntuk bejalan kan? Dapat lah aku release stress ngan esaimen yang melambak masa tu. Sesekali tu jgn lah busy sgt ngan semua esaimen, ngan dunia study. Busy kan lah jugak habiskan masa ngan kengkawan, tgok dunia luar. Baru fresh sikit otak tu. Hehe. Bagi aku time blaja ni la kau nak merasa semua tau. Jalan sana, jalan sini. Pengalaman banyak. Takdela habis blaja nanti apa yang kau dpt ilmu blaja je. Semua ilmu kau dapat. In shaa Allah. Hehe. Okay la, aku rasa macam lama sgt dah updated blog nie. Rasa lenguh jari jemari mak ni nak. Ingat! Hidup ni sekejap je, nikmati lah hari-hari anda. Yeay! Tp berbatas ok? Okay lah, aku nak mandi. Kbye, assalamualaikum.

Salam sayang, FATIN.