Friday, August 21, 2015

CAMERON HIGHLANDS (UPSI TRIPS UNDER UKLK CLUB)

Tarikh : 21.08.2015
Masa : 4.07 ptg
Lokasi : Bilik tidur Fatin Aqilah yang aman dan indah serta bersih lagi wangi (CUTI SEMESTER)




Assalamualaikum semua. Selamat petang! Hehe. Dah rasa macam berhabuk sgt blog ni. Taktau berapa abad dah aku tinggalkan. Tp takpe la kan, takde sarang labah-labah lagi rasanya nie. Okay, senanya nak citer pasal pegi Cameron Highlands yang dah lama hajat nak updated. Tapi apekan daya, busy benau. Busy ngan apa pun taktau. Senanya busy + malas. Ish ish, anak sapo lah pemalas ngat nie. So di petang yang aman lagi tenang ngan angin sepoi-sepoi berbahasa ni, aku nak updated lah pasal Cameron yang dah tertangguh nie. 1st, aku nak citer lah roommates aku yang bgtau pasal trip pegi Cameron ni. Roomates aku nama siti, single lagi. sapa nak kenai? Meh kenai ngan aku dulu, aku nak tapis bole ke idok ngan dia. Ewah, jemah sgtkan? Aku ngah buat esaimen masa tu, tetiba dia ajak. Aku ape lg, jemah la nak tau tarikh nya bila, hari apa, berapa bayaran dan pegi naik apa, under apa semua lah aku tanya. Sebab nak tau details la gak sebelum pegi kan? So, lepas dah tau semua tu, aku gigih la google. Mr google jelah yang sgt baik hati kan bgtau semua maklumat. So, dah usha harga apa semua, tempat pun nampak best. Nampak segonok je kan? Aku pun setuju lah nak join. Roommates aku pun jemah jugak, dia ajak satu umah join pegi sekali. Sebab pegi trips camni ramai baru seronokkan? Yelah nak segonok sesame. Hehe. Paling best trip waktu ari sabtu la tak silap masa tu. So tak ganggu pun waktu kuliah ke apa. Jadiknya, pegi lah satu uma dan aku ada ajak 1 kawan sekelas aku yang rapat ngan aku time tu. Aku ajak qila ngan syifaaq, tp syifaaq je dapat join. Sebab qila ade hal. Roommates aku yang kemain ajak pegi tu pun takpat pegi, sebab dia ada hal. Sobs. So, esoknya gerak lah naik bas yang untuk pelancong. Tapi still under upsi la. Just kteorg kena bayar RM 55 untuk masuk semua, makanan tu pepandai lah guna duit sendiri. Ala, engko pepandai la jimat dah masuk dalam tu, takya jemah sgt nak beli makanan bebanyak. Beli sekadar dapat kenyang sikit ok lah. Hehe. So tempat 1st yang kteorg tuju masa tu ialah Cameron Valley tempat yang banyak pokok teh. Baru turun bas aku dah rasa sejuknya Cameron ni. Dah la aku tak tahan sejuk. Menyesal berlagak taknak bawak sweater. Hamek, tahan la sendiri gigil-gigil sejuk tu, lelagi time angin kuat. Rasa macam nak menyorok kat timbunan pokok teh tu. Kah kah. over kan cter aku? Hehe. Smpi je kat pokok-pokok tu macam biasa la, bende pertama yang korang akan buat jugakkan klu teruja? Aku pun amik gambar. Tu WAJIB! Keh keh. Nie aku selfie sendiri pakai batang monopod pink kesayangan aku yang dah berjasa nak dekat  setahun lebih tak silap. 



Tudung aku takya citer, masa ni dah eot-eot dah nampakkan? Yela duk dalam bas bole tahan lama dari upsi tu, pastu jalan bengkang-bengkok. Tudung macam tu la pegi dia. Tp masa smpi aku tak heran sgt tudung, yang aku tahu aku tak menyabo nak turun nak tgok sekeliling. Nampakkan begitu jakun nya aku. Yelah, ni 1st time pegi. Sobsss, kesian sgt aku. Hahaha.

Lupa nak citer, yang aku lupa nak mintak gambar ramai-ramai masa aku turun tu. Sebab pakai hp kawan aku. Takpela, nanti aku belanja gambar
yang lain gak, hehe. Okay, sesi bergambar pun bermula.


Aku still takpaham, kenapa aku suka terpejam mata time bergambar -.-




Ni kengkonon aku nak buat macam tudung berterbangan tu, tapi tak jadik kau tau -.-


Tapi lepas gigih buat berapa kali tu, jadik gak la akhirnya Nampak tudung terbang. Kat sini syifaaq memainkan peranan gak. Sbb dia tukang amik gmbr kan.
Ni baru sikit je gambar aku, Kang letak bebanyak ada yang muntah tengok, haha. So aku nak lanje gambar syifaaq lak, tadi dia dah gigih amikkan gambar aku kan? Ni aku lak amik gambar dia, baru fair and square, tak gitu?

Dia memang posing baik punya, kemain meriah Nampak? Memang terserlah sangat happy nya tu.


Syifaaq mempersembahkan Cameron highland! Keh keh.



Dah penat bergambar tu, duduk lah kejap kan. Tengok sekeliling. Tenang sangat. Rasa nak lama kat situ.



Tapi kenapa aku rasa macam background tampal plak kan -.-






Haaa, yang ni semua housemates aku. Masa bebanyak amik gmbr td, diorang pegi tempat lain, tp still lagi kat Cameron valley. Kteorg pisah sebab memasing nak merayap sendiri. Hehe. Dah siap jenjalan kat pokok teh tu, semua berkumpul kat atas ni. Sempat lah amik gmbr.
Lepas dah syok kat sini, dah habis amik gambar, jenjalan kat Cameron valley, kteorg naik bas untuk ke tempat seterusnya iaitu Taman Agroteknologi. Masa ni dah masuk zohor dah. So, semua solat kat surau sana. Mak ai, air dia punya sejuk, gigil nak amik wuduk katakooo.
Okay, siap solat apa semua, aku pusing-pusing kat sana, seriously, banyak sgt bunga, aku suka tengok sebab cantik. Even aku bukan feminin sgt, tapi aku ni pempuan, Nampak benda macam ni aku rasa teruja habis. Pastu apa lagi, bergambar lah. Kan dah kata tu WAJIB. Hehe


Eeeee aku suka sangat tengok bunga-bunga banyak macam ni. Geram jeee. Kalau bole nak bawak balik lah. Eh




Hehe, haaa yang ni aku yang mintak tlg syifaaq amikkan dari side sini. Sekali tengok gambar nya, punya lah aku sukaaa.


Nampak macam adik-beradik tak? Keh keh, aku nak jadik adik gak even aku lah yang tua senanya. Sobs.




Nampak barang kat belakang tu? Haaa, tu cenderahati nak bawak balik muo, bagi mak pak adik merasa, hehe. Sebab next week nya memang nak balik muo.  Syifaaq pun beli gak untuk balik JB. Haaa jauh lagi tuh. 





Dah penat bergambar, kita duduk lah pulak, sobs, penat rupanya bergambar ni. Maafkan linda, mungkin dia nak bersin, kih kih.






Muka ada senyum even ponat ngat.

Okay lepas duduk tu. Hilang penat, terus naik bas, ke destinasi seterusnya pulak iaitu Strawberry Farm. Masa kat strawberry farm paling aku letih sekali. Sebab kne naik bukit kan? Aku memang dah penat masa tu. Termengah-mengah sampai atas. So aku ngan syifaaq banyak duduk dari jalan. Gambar kat sini pun tak banyak amik. Memasing dah tak larat.


Muka terpaksa senyum ni, dalam hati Ya Allah penat ngat dah ni.



Tak banyak gmbr kat sini, sebab macam aku cakap, aku duduk pastu gigih minum air. Haus bebenor mendaki. 

Last destinasi Lavendar garden. Kat sini aku macam semangat sikit sebab tempatnya macam ala-ala korea sikit. Dah la peminat korea. Hiks.


Muka suka nampak bunga cantik-cantik.





 Masa kat sini kteorg ada buat video nak tunjuk tempat ni banyak sgt bunga, tapi terdelete video nya. Nak pegi balik boleh tak? Sobs. Okay lah, ni tempat last kteorg pegi. Turun dari sini ada jual keledek rebus. Peh memang sodap kau. Nyum-nyum makan dalam bas. Hehe. Sampai bas aku dah kenyang makan, pastu aku pot pet borak ngan syifaaq kat sebelah usha gmbr ngan video kteorg amik td. Memang happy, sebab lama tak jalan kan. Tak lama aku borak + makan tu, aku ketiduran. HAHAHAHA. Terukkan? Yelah. Penat kot. Pastu petang nya sampai magrib kteorg singgah pasar malam kat sana. Eh sebelum tu, solat asar dulu kat surau area pasar malam tu rmi-rmi. Pastu baru boleh jalan. Pasar malam dia bukan macam pasar malam kita, ada jual banyak makanan goreng, tapi banyak jual barang basah macam sayur, cili bagai kan? Yelah Cameron kan sgt sesuai untuk bercucuk tanam. Aku pusing berkali gak lah nak carik nasi ayam ke apa kan. Kali kedua tak silap baru aku jumpa 1 stall yang jual makanan bergoreng, aku punya bersyukur tu takya cakap lah. Dah la perut kruk-kruk sgt. Cecepat beli, beli ayam goreng pilih yang besau lak tu, memang lapar betul. Hahahaha. Dah settle pusing beli nasi apa semua, kteorg carik port nak makan. Pastu tak jumpa pun port sesuai nak makan. Lama gak jalan tau, sampai ke magrib round pasar malam dia yang besar tu, then solat magrib kat surau area situ tunggu sampai la bas tiba, last-last makan dalam bas. Sobs. Takpela, nasib semua jenis sempoi bau makanan dalam bas pun ok. Nak tau sebab apa? Sebab semua busy makan dalam bas masa tuh, rupanya rmi gak tak makan lagi. Haha. Okay, pasar malam ni la last destinasi kteorg. Then balik ke upsi terus. Ouh lupa nak cakap, aku ada beli bantal kepala tupai 1, bantal peluk buat tido, besaq kau. Boleh buat peluk memalam. Hahaha, yang best RM 10 je. Dah la besar, haha. K tu je nak bgtau.

Sampai Kolej kat upsi masa tu area kul 12 malam gak lah. Fuh kaki lenguh habis. Yelah guna sepenuhnya nak jenjalan kan. Ape pun aku rasa berbaloi jugak trip ni even sekejap. Tp ok lah satu hari suntuk bejalan kan? Dapat lah aku release stress ngan esaimen yang melambak masa tu. Sesekali tu jgn lah busy sgt ngan semua esaimen, ngan dunia study. Busy kan lah jugak habiskan masa ngan kengkawan, tgok dunia luar. Baru fresh sikit otak tu. Hehe. Bagi aku time blaja ni la kau nak merasa semua tau. Jalan sana, jalan sini. Pengalaman banyak. Takdela habis blaja nanti apa yang kau dpt ilmu blaja je. Semua ilmu kau dapat. In shaa Allah. Hehe. Okay la, aku rasa macam lama sgt dah updated blog nie. Rasa lenguh jari jemari mak ni nak. Ingat! Hidup ni sekejap je, nikmati lah hari-hari anda. Yeay! Tp berbatas ok? Okay lah, aku nak mandi. Kbye, assalamualaikum.

Salam sayang, FATIN. 







No comments:

Post a Comment