Thursday, October 13, 2011

Syurgamu ramadhan :)


Syurgamu Ramadhan nie sebenarnya di main kan ketika bulan ramadhan. Tapi aku tak penah tengok pun. HAHA. Maklum la, stakat balik rumah skali skale, pekejadah nye sempat nak tengok. Then, kebetulan membe aku ckp cite nie best. Aku pun copy la. cter nie ade 14 episod, then aku tengok smpi episod last. Sedih takyah nak ckp la. Setiap satu episod aku mesti nanges punyee. Feeling kot. Sedih gler, lagi lagi part family. Memang menyentuh perasaan. Tak caye tgok ar. HAHA. ayat takleh blah :)

Nie aku nak share sinopsis cite nie. Bisa enggak? Bisa kan? Bisa tak bisa, aku nak share jugak :)

Datuk Halimaton telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimaton tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.
Itu kisah 16 tahun lalu. Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimaton tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimaton tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya, Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu disimpan jauh di dalam hati. Datuk Halimaton tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.
Meskipun dirinya tidak dilimpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahaya mata berusia antara 5 hingga 15 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia. Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun.




Stakat bace sinopsis je ape celop tokk :)
HAHA. ape lagi, try la download cite nie. Bg sape yang tak penah tengok la. yang dah penah tgok, klu nak tengok gak PUN BOLEH. HAHA.
Oke la, stakat nie. TATA. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Tgk tau
    Drama sy suke time lst 2 ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. HEHE. Memang tgok dah pun :)
    Dah smpi episod last da pun. setiap episod sye tgk, msty nges. HAHA :D
    Cepat touching.

    ReplyDelete