Tuesday, October 4, 2011

Kasih Sayang


salam saudara saudari,
Izinkan saya berkongsi tentang kasih sayang :)

kasih sayang? jika kita menyayangi & mencintai seseorang, lakukan lah ia kerana Allah. Kerana rasa kasih & ingin mengasihi sesama kita adalah sebahagian dari kasih sayang Allah yang Allah berikan pada kita agar kita tahu erti bersyukur & pandai menjaga apa yang telah Allah berikan & merasai betapa maha Penyayang & maha Pengasihnya Dia pada kita semua. ada orang kata cinta itu buta? sebenarnya yang buta itu bukan nya cinta, yang buta itu adalah seseorang yang tidak dapat menjaga cintanya kerana terlalu mengikut hawa nafsu & qarinnya(jin) sehingga cinta itu terjerumus dalam kancah kehinaan maksiat dan dosa kerana telah terkeluar dari paksi cinta yang Allah diredhai. pada hakikatnya cinta itu suci, luhur & tinggi darjatnya, kerna ia hadir dari sisi Tuhan yg maha menciptakan & mengadakan segala sesuatu
. apa yang kita ada dalam kehidupan dan di bumi Allah ini hnyalah pinjaman semata-mata dan amanah-amanah yang harus kita laluinya dalam redha Allah kerna ia akan di pertanyakan kelak oleh Allah. oleh itu lalui setiap hari dalam kehidupan kita dengan setiap tindak tanduk & amal ibadah yang Allah sentiasa diredhai, kerna walaupun syurga itu di tempatkan di dunia untuk kita semua, tetapi jika redha Allah tidak ada untuk kita, tidak bererti lah kenikmatan kenikmatan syurga itu pada kita semua. Redha Allah itu lah jaminan kebahagian kita dunia & akhirat.

wassalam :)

No comments:

Post a Comment